New York Saman 3 Firma Kripto Ini, Tapi BTC Tidak Terkesan!

340

“Betul ke Bitcoin tetap ‘steady’? Takut tiba-tiba nanti jatuh mengejut pula.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) tetap mengekalkan kedudukannya di bawah paras $28,700 walaupun terdapat berita yang mungkin dapat memberi tekanan jualan secara ketara kepada seluruh pasaran aset digital.

Berita tersebut berkenaan pejabat Peguam Negara New York (NYAG) yang memfailkan saman terhadap Digital Currency Group (DCG), anak syarikatnya Genesis Global dan bursa kripto Gemini susulan didakwa menipu lebih $1 bilion.

Bukan itu sahaja, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Genesis Michael Moro termasuk Barry E. Silbert yang merupakan pengasas dan CEO DCG turut dikenakan dakwaan.

Menurut Peguam Negara New York Letitia James, ketiga-tiga syarikat yang menawarkan perkhidmatan kripto itu kebanyakannya telah berbohong kepada pelabur kelas pertengahan dan mereka turut menipu 232,000 pelanggan untuk lebih $1 bilion.

Suka dimaklumkan bahawa harga BTC turut tidak terkesan walaupun saham telah menghadapi penurunan lebih rendah susulan daripada Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang menghasilkan 6 mata asas lagi pada 4.97%.

Pengerusi Federal Reserve (Fed) di Kelab Ekonomi New York pula memberi isyarat untuk mengekalkan kenaikan kadar faedah tidak berubah pada November 2023, tetapi dalam masa sama ingin punyai pilihan terbuka bagi potensi kenaikan pada Disember tahun ini.

Setakat penulisan ini, harga BTC mendaki sebanyak 2.85% pada paras $29,018 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $566 bilion kemudian merekodkan lonjakan 8.35% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat