New Zealand Rampas Kedudukan Singapura Dalam Kajian Terkini Oleh Bank Dunia Ini!

57

Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Dunia menyaksikan New Zealand sebagai negara yang menduduki tangga pertama sebagai pasaran baru yang mesra pelanggan dan mudah untuk menjalankan perniagaan.

Pengurangan cukai pasaran buruh dan peraturan-peraturan baru yang memudahkan pembayaran cukai adalah sebab utama yang meletakkan New Zealand di tangga teratas dalam Laporan “Doing Business” oleh Bank Dunia itu.

Sebelum ini New Zealand berada di tempat kedua, dibawah Singapura.

Macedonia pula berjaya memasuki ranking 10 teratas. Sementara itu, Brunei dilaporkan membuat lonjakan terbesar apabila berjaya berada di tangga ke-72 berbanding 84 sebelum ini berikutan penetepan undang-undang insolvensi yang baru, bekalan elektrik dan peningkatan perlindungan buat pelabur.

Menurut Bank Dunia, laporan kali ini menunjukkan peningkatan prestasi dari kebanyakan negara secara umumnya. Hal ini kerana jurang pendapatan dapat dikurangkan selain mengurangkan kadar kemiskinan bagi sesebuah negara.

Kedudukan 10 teratas juga menyaksikan sedikit perubahan dengan menyaksikan Denmark di tempat ketiga, diikuti Hong Kong, Korea Selatan, Norway.

Pun begitu menurut kajian terkini tersebut, Somalia kekal di tangga tercorot kerana kesukaran untuk menjalankan perniagaan.

Lelaki Ini Sanggup Habiskan Masa 5 Tahun Untuk Mengkaji Perkara Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat