News Besar ECB Malam Ini, Apa Yang Diharapkan Oleh Pasaran?

473

Mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) adalah antara acara utama yang diberi perhatian oleh pasaran ketika sesi Eropah hari ini.

Walaupun tidak ada tindakan drastik yang bakal diambil, tetapi pasaran menjangkakan bank pusat akan mengubah pendirian mereka dalam usaha untuk mengatasi penjualan dalam pasaran bon baru-baru ini hingga menyebabkan peningkatan hasil bon.

Menurut Reuters, beberapa penganalisi percaya ECB akan melakukan pembelian aset di bawah Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PPEP) mereka untuk membantu membendung kenaikan hasil.

Bagaimanapun, terdapat juga penganalisis yang mengatakan perubahan tersebut tidak akan terjadi, sebaliknya hanya akan ada campur tangan lisan, atau petunjuk dari kenyataan Presiden ECB Christine Lagarde.

Selain pelancaran vaksin yang perlahan, lockdown yang panjang dan peningkatan hasil, ECB mempunyai banyak perkara yang perlu dibimbangkan.

Pada tahap ini, tidak ada keraguan bahawa Zon Eropah akan ketinggalan dalam pemulihan terutamanya berbanding Amerika Syarikat yang baru sahaja meluluskan pakej rangsangan bernilai $1.9 trilion.

Susulan itu, Presiden Lagarde mungkin akan melakukan sesuatu untuk terus menyokong kestabilan dalam pasaran matawang dan pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu, matawang euro terus memanfaatkan peluang kenaikan dari kemerosotan dolar greenback untuk meningkat lebih tinggi ketika pembukaan sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat