NEWS Bukan Untuk Dielak Tetapi Untuk Tajamkan Lagi Analisis Anda

1,304

Ada yang kata jangan trade semasa news sebab pergerakan memang tidak dapat dijangka. Lagi-lagi masa news besar macam NFP, FOMC atau penetapan polisi monetari bank pusat.

Ada jugak trader yang fokus dengan berita-berita besar ni sebab nak pasang pukat katanya. Hahaha..bagi yang tak tahu pasang pukat tu apa, dia sebenarnya adalah teknik straddle yang agak berisiko. Boleh search kat google teknik straddle tu.

Tapi bukan teknik ‘pasang pukat’ yang kita nak cerita kat sini.

Kami nak kongsikan bahawa ‘News Itu Bukanlah Untuk Dielak’ tetapi untuk dijadikan sebahagian dalam analisis kita.

Kalau nak ikutkan terlalu banyak news yang dikeluarkan setiap hari dan anda memang tak boleh elak pun. Kalau bukan news kat forex factory, ada banyak lagi news lain macam komen Trump, komen Korea Utara, bencana alam dan lain-lain di mana semua tu tak ada pun dalam forex factory. Pasti ramai daripada anda yang pernah terkena dengan news-news ini, dan sebab itulah kami katakan anda tak dapat nak elakkan news.

Jadi apa yang anda perlu buat?

Anda kena check news atau data-data penting yang dikeluarkan setiap minggu pada hari Isnin. Tandakan news yang penting khususnya yang berwarna merah, supaya anda tahu bila masa nak monitor chart dan melihat kesan news tersebut kepada pasaran.

Pastikan anda tahu sentimen semasa matawang yang anda nak trade atau pun lagi bagus semua matawang. Sebab bila anda tahu sentimen ni, anda dah boleh buat pilihan, pair mana yang nak trade.

Ramai yang bertanya news NFP ni bagi kesan berapa lama? Jujur saya katakan, kalaulah saya tahu berapa lama kesannya kepada market, dah lama saya kaya-raya, haha. Cuma apa yang saya nak tegaskan di sini, selagi sentimen tu tak berubah selagi itulah dia bagi kesan kepada pasaran. Oleh itu, nak tak nak anda perlu selalu ikuti sentimen semasa, paling mudah dapatkan news bahasa melayu di Moshed.com.

Cuma, analisis teknikal sangat penting untuk kita nak blend dengan fundamental/sentimen ni.

Bila kita belajar analisis fundamental, bukanlah bermakna kita terus abaikan analisis teknikal. Teknikal penting untuk kita nak tentukan kat mana kita nak buy atau sell dan target TP (take-profit) SL (stoploss). Jika anda hanya menggunakan fundamental, ia ibarat anda masuk ke hutan tanpa tanpa membawa sebarang petunjuk seperti peta, akhirnya sesat di tengah jalan.

Goodluck kepada anda semua!

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL. KLIK SINI<<<

>>>DAPATKAN BUKU ANALISIS TEKNIKAL. KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat