News Impak Tinggi Tumpuan Pasaran Minggu Ini (02- 06 Oktober)

54

US dolar tidak banyak berubah berbanding enam matawang lain seperti yang ditunjukkan dalam indeks US dolar pada Jumaat. Walaupun begitu, greenback (US dolar) masih mengakhiri bulan September dengan keuntungan yang pertama sejak tujuh bulan lalu.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding matawang-matawang lain tidak banyak berubah pada Jumaat, tetapi untuk keseluruhan minggu lalu indeks ini berjaya naik sehingga 0.99%. Manakala untuk September naik 0.27%.

US dolar sedikit jatuh pada Jumaat apabila data proksi kepada inflasi iaitu perbelanjaan peribadi meleset daripada jangkaan pada Ogos. Hal ini sedikit menghakis keyakinan terhadap kenaikan kadar faedah Fed pada Disember yang mana data Core-PCE dikatakan sebagai bacaan inflasi pilihan utama The Fed.

Untuk minggu ini, sudah tentu tumpuan akan terarah kepada data NFP (non-farm payroll) yang akan menjadi perhatian utama pasaran minggu ini. Selepas data PCE yang meleset minggu lalu, data ini akan mengesahkan sama ada kenaikan US dolar sejak tiga minggu lepas adalah kukuh ataupun sebaliknya.

Selain itu, komen-komen dari beberapa ahli The Fed juga perlu diberi perhatian minggu ini untuk US dolar. Berikut merupakan kalendar ekonomi yang perlu diberi perhatian sepanjang minggu ini.

1) Data dan Event tumpuan dari Amerika Syarikat (US Dolar)

ISM Manufacturing PMI (Isnin, 10 pm)
Ucapan Fed Kaplan (Selasa, 2 am)
Ucapan Fed Powell (Selasa, 8.30 pm)
ADP- non farm employment change (Rabu, 8.15 pm)
ISM Non-Manufacturing PMI (Rabu, 10 pm)
Ucapan Janet Yellen (Khamis, 3.15 am)
Unemployment claims (Khamis, 8.30 pm)
Ucapan Fed Powell (Khamis 9.15 pm)
Ucapan Fed Harker (Khamis, 10 pm)

* Data NFP : Average hourly earnings (Jumaat, 8.30 pm)
                     Non-Farm Employment change (Jumaat, 8.30 pm)
                     Unemployment Rate (Jumaat, 8.30 pm)

Dari ketiga-tiga data NFP di atas, tumpuan adalah kepada ‘average hourly earnings’, kerana data pendapatan gaji ini dilihat sebagai penentu kepada inflasi di US.

2) Data dan Event tumpuan di Zon-Eropah (Euro)

Ucapan Mario Draghi (Khamis, 1.15 am)
ECB policy meeting accounts (Khamis, 7.30 pm)

ECB policy meeting accounts ini akan menunjukkan maklumat yang lebih lanjut tentang penetapan polisi monetari ECB pada 7 September lalu.

3) Data dan Event tumpuan UK (GBP)

Manufacturing PMI (Isnin, 4.30 pm)
Construction PMI (Selasa, 4.30 pm)
Services PMI (Rabu, 4.30 pm)
Ucapan BoE McCafferty (Jumaat, 12.00 am)
Ucapan BoE Haldane (Jumaat, 1.30 am)

Penting untuk kita lihat prestasi semasa sektor pembuatan dan perkhidmatan (manufacturing & service PMI) di UK bagi menentukan kesan Brexit kepada sektor ekonomi penting di UK ini khususnya perkhidmatan.

Ucapan dariapada dua ahli Bank of England McCafferty dan Haldane ini penting untuk mendapatkan isyarat tentang kenaikan kadar faedah di masa akan datang.

4. Penetapan polisi monetari Australia RBA (AUD)

Penetapan polisi monetari bank pusat Australia ini akan dibuat pada Selasa pukul 11.30 pagi dan dijangka pendirian RBA adalah neutral. Dalam ucapan gabenor Philip Lowe baru-baru ini, beliau menegaskan kadar faedah akan kekal untuk masa ini. Namun, komen terhadap nilai Aussie dolar akan jadi tumpuan. Pasaran akan melihat bagaimana perhatian bank pusat terhadap nilai Aud ketika ini.

Data retail sales (Khamis, 8.30 am)
Trade Balance (Khamis, 8.30 am)

5. Data pekerjaan Kanada (CAD)

Data ini akan dikeluarkan pada Jumaat serentak dengan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat. Pasaran akan melihat prestasi semasa pasaran pekerjaan di Kanada khususnya dalam komponen pekerjaan sepenuh-masa (full-time).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat