News Impak Tinggi Tumpuan Pasaran Minggu Ini (25-29 Sept)

75

US dolar membuat kenaikan selepas keputusan The Fed mengekalkan kadar faedah di paras 1.25%. Namun bukan itu penyebab kepada kenaikan US dolar, tetapi lebih kepada potensi satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini di mana 11 dari ahli bank pusat menjangka kenaikan tersebut. Dalam unjuran bank pusat yang dibuat pada Jun, hanya 8 ahli bank pusat menjangka satu lagi kenaikan. Jika dibandingkan unjuran antara kedua-dua mesyuarat Jun dan September, ia menggambarkan keyakinan bank pusat dalam menaikkan kadar faedahnya sekali lagi tahun ini.

Minggu ini (25-29 Sept) pasaran perlu menumpukan kepada ucapan-ucapan ahli The Fed untuk menilai pendirian terkini tentang keputusan yang dibuat dalam mesyuarat FOMC minggu lalu. Dengan majoriti ahli melihat satu lagi kenaikan tahun ini, ia dijangka akan mengukuhkan US dolar.

Pasaran juga dijangka akan melihat gap terutamanya kepada pasangan matawang yang melibatkan NZD dan Euro berikutan kedua-dua negara New Zealand dan Jerman berhadapan dengan pilihanraya. Untuk New Zealand, parti kerajaan (National Party) telah memenangi pilihanraya dan terdapat potensi untuk NZD membuat gap ke atas.

Berikut adalah antara berita-berita yang perlu diberi perhatian sepanjang minggu (25-29 Sept).

1. Ucapan-ucapan Ahli The Fed

Penting untuk kita mendapatkan isyarat terkini daripada ahli-ahli The Fed yang akan berucap minggu ini. Antaranya ialah:

Fed Dudley (Isnin, 8.30 pm)
Fed Evans (Selasa, 00.40 am)
Fed Kashkari (Selasa, 6.30 am)
Fed Brainard (Selasa, 10.30 pm)
Fed Yellen (Rabu, 12.45 am)
Fed Brainard (Khamis, 2.00 am)
Fed Fischer (Khamis, 10.15 pm)
Fed Harker (Jumaat, 11.00 pm)

2. Data-data ekonomi Amerika Syarikat

Selepas keyakinan yang ditunjukkan oleh Fed dalam apa yang ditunjukkan minggu lalu dalam penetapan polisi. Pasaran akan tertumpu pula kepada data-data ekonomi yang berpotensi mempengaruhi keputusan tersebut.

Data keyakinan pengguna, CB Consumer Confidence (Selasa, 10.00 pm)
Data Durable goods (Rabu, 8.30 pm)
Final GDP q/q, data pertumbuhan suku kedua (Khamis, 8.30 pm)
Core PCE, data perbelanjaan penggunaan peribadi (Jumaat, 8.30 pm)

3. News dan Data-data dari Zon Eropah

Ucapan presdien Draghi (Isnin, 9.00 pm)
German CPI, kadar inflasi y/y (Khamis)
CPI Euro-Zone, kadar inflasi y/y (Jumaat, 5.00 pm)
Ucapan presdien Draghi (Jumaat, 10.15 pm)

4. News dan Data-data dari UK

Ucapan gabenor Carney (Khamis, 4.15 pm)
Current account, data akaun semasa UK (Jumaat, 4.30 pm)
Ucapan ahli bank pusat Broadbent (Jumaat)
Ucapan gabenor Carney (Jumaat, 10.45 pm)

5. Penetapan polisi monetari RBNZ (Khamis, 4.00 am)

Bank pusat dijangka akan mengekalkan kadar faedah 1.75% sekali lagi kali ini. Pasaran dijangka akan menyatakan kebimbangan terhadap pengukuhan matawang NZD.

Beri tumpuan juga kepada berita-berita di bawah:

Ucapan gabenor Poloz (Rabu, 11.45 pm)
Ucapan RBA Dabelle (Khamis, 5.00 pm)
KOF economic barometer (Jumaat, 3.00 pm)
Pertumbuhan ekonomi Kanada (Jumaat, 8.30 pm)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat