News Penting yang Berpotensi Memberi Impak Besar Buat Pasaran Minggu Ini (20-24 Februari 2017)

76

Seminggu yang lepas menyaksikan US Dollar bergerak ke semua arah. Namun persoalannya, ke mana pula hala tuju matawang gergasi itu minggu ini?

Teruskan bersama kami untuk kemaskini data-data penting buat sepanjang minggu ini.

1.Data GDP UK- 22 Februari 2017 (Rabu, 5.30am)

Penilaian KDNK kali kedua bagi suku ketiga tahun 2016 mengesahkan jangkaan awal pengembangan sekitar 0.5 peratus. Dalam masa yang sama, perbelanjaan pengguna terus menjadi kuasa utama di sebalik pertumbuhan UK. Kelemahan Pound juga dikatakan punca eksport mengatasi aktiviti import di negara ini. Ahli ekonomi meramalkan pertumbuhan di UK akan menjadi perlahan kepada 1.4 peratus pada tahun 2017 daripada 2.1 peratus pada tahun 2016 berikutan kos sara hidup yang lebih tinggi.

  1. Data Inventori Minyak Mentah AS- 24 Februari 2017 (Jumaat, 12.00am)

Stok minyak mentah di AS melonjak kepada 9.5 juta tong pada minggu berakhir 10 Februari 2017. Peningkatan ini disebabkan oleh penurunan permintaan bagi petrol. Walau bagaimanapun, ahli ekonomi percaya permintaan akan semakin meningkat dalam tempoh yang akan datang. Permintaan keseluruhan untuk petrol dalam tempoh empat minggu lepas menurun sebanyak 5.3 peratus kepada 8.43 juta tong sehari.

3.Minit Mesyuarat FOMC- 23 Februari 2017 (Khamis, 3.00am)

Sebelum ini, Fed telah meluluskan peningkatan kadar kali pertama selepas mendapat reaksi positif pasaran mengenai kemenangan Donald Trump di dalam pilihanraya pada November lalu. Trump sebelum ini meramalkan pertumbuhan yang lebih agresif disamping membelanjakan sebanyak $1 Trillion bagi menambahbaik infrastruktur. Bagaimanapun, unjuran ekonomi masih kekal tidak berubah dengan jangkaan sebanyak 2.1 peratus pada tahun 2017 berbanding dengan anggaran sebanyak 2 peratus pada bulan September.

4.Tuntutan Pengangguran di AS- 23 Februari 2017 (Khamis, 9.30am)

Bilangan individu di Amerika yang memfailkan faedah ini meningkat sebanyak 5,000 kepada 239,000 pada minggu 5 Februari hingga 11 Februari. Penganalisis menganggarkan bilangan ini meningkat sebanyak kepada 242,000 tuntutan baru minggu ini.

5.Ucapan Philip Lowe- 23 Februari 2017 (Khamis, 5.30am)

Gabenor RBA iaitu Philip Lowe akan memberikan ucapan di hadapan Jawatankuasa Tetap Ekonomi Dewan Rakyat di Sydney. Gabenor itu sebelum ini menggesa lebih banyak pelaburan infrastruktur dibuat oleh Kerajaan Pusat dalam meningkatkan aktiviti ekonomi. Dalam masa yang sama, Philip Lowe juga dikatakan menentang dasar Donald Trump terhadap halangan perdagangan dengan menyatakan bahawa Australia adalah sebuah negara yang mendapat manfaat daripada sistem perdagangan terbuka.

US Dollar Kembali Melonjak Selepas Cuti Umum di AS!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat