US Dollar Kembali Melonjak Selepas Cuti Umum di AS!

50

US Dollar melonjak dalam sesi Asia selepas bercuti semalam sempena Hari Presiden sementara Aussie menjunam walaupun bank pusat memberikan isyarat yang agak neutral terhadap prospek kenaikan kadar.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding sekumpulan matawang utama, kali terakhir didagang meningkat sebanyak 0.28 peratus kepada 101.20. Dalam sesi ini juga, pair AUD/USD menjunam sebanyak 0.23 peratus manakala USD/JPY berubah sedikit kepada 113.69 dengan kenaikan sebanyak 0.52 peratus.

Reserved Bank of Autralia dijangka akan bertambah yakin dengan prospek ekonomi semasa sekali gus menjadikan peluang untuk menurunkan kadar agak tipis pada mesyuarat Februari ini. Buat masa ini, RBA meletakkan kadar pada paras 1.5 peratus.

Semalam, US Dollar meningkat lebih rendah berbanding matawang yang lain berikutan sesi dagangan kecil di Amerika Syarikat.

Dalam masa yang sama, Sterling melonjak lebih tinggi berbanding US Dollar.

Di Jepun, pertumbuhan eksport dicatat perlahan pada bulan Januari berikutan ketidaktentuan global terhadap pendirian perdagangan Trump.

Ini Yang Terjadi Kepada Logam Berharga dalam Sesi Asia Hari Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat