Ini Yang Terjadi Kepada Logam Berharga dalam Sesi Asia Hari Ini!

38

Harga emas menjunam hari ini, sementara copper meraih keuntungan di dalam sesi ini walaupun masih terdapat kemungkinan masalah gangguan bekalan dari dua lombong utama dunia yang masih diteliti oleh pelabur.

Emas bagi penghantaran April di Comex merosot sebanyak 0.32 peratus kepada $1,2385.15 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, sesi dagangan silver futures menyusut sebanyak 0.11 peratus, manakala copper terus dinilai meningkat walaupun kerisauan terhadap masalah pembekuan bekalan masih wujud berikutan mogok buruh di lombong Indonesia dan Chile.

Semalam, harga emas sedikit berubah gara-gara pelabur yang teragak-agak untuk membuat belian disebabkan cuti umum di Amerika Syarikat sempena Hari Presiden.

Disamping itu, pelabur masih menunggu maklumat lanjut terhadap janji-janji oleh Presiden Donald Trump mengenai pembaharuan cukai, pembatalan kawal selia dan perbelanjaan infrastruktur.

Pasaran juga menunggu maklumat lanjut mengenai jangkaan kenaikan kadar oleh Fed termasuk data perumahan yang bakal menyokong prospek kenaikan kadar selanjutnya.

Ucapan daripada beberapa pegawai Fed juga akan menjadi tumpuan minggu ini termasuklah Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari, Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker dan Presiden Fed Atlanta, Dennis Lockhart.

Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester berkata di Singapura bahawa beliau lebih selesa untuk menyaksikan kenaikan kadar oleh Fed dalam masa terdekat jika ekonomi berada dalam prestasi yang baik.

Pengerusi Fed, Janet Yellen berkata sebelum ini bahawa bank pusat berpotensi untuk menaikkan kadar di dalam ketidakpastian mengenai dasar ekonomi di bawah pentadbiran Trump.

Anda Akan dianggap Ketinggalan Jika Abaikan Berita Penting Dari Komoditi Hitam Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat