Anda Akan dianggap Ketinggalan Jika Abaikan Berita Penting Dari Komoditi Hitam Ini

82

Minyak mentah naik lebih tinggi dalam sesi Asia pada Selasa menjelang laporan data inventori minyak mentah yang akan dikeluarkan pada minggu ini bagi mendapatkan laporan terhadap baki permintaan dan bekalan.

Minyak Brent yang juga merupakan penanda aras bagi minyak global dinilai meningkat dalam sesi ini sebanyak 0.25 peratus kepada $56.27 setong. Minyak mentah bagi penghantaran April juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.52 peratus kepada $54.06 setong.

Semalam, harga minyak meningkat lebih tinggi dalam julat dagangan biasa sementara pasaran di Amerika Syarikat ditutup pada Isnin sempena Hari Presiden. Dalam masa yang sama, pasaran komoditi ini terus disokong oleh usaha pembekuan bekalan oleh OPEC dan beberapa pengeluar utama.

Maklumat terkini mingguan bagi pasaran ini akan dikeluarkan pada Rabu dan Khamis bagi memberikan peluang kepada pelabur untuk mengukur kekuatan permintaan dalam penggunaan minyak terbesar di dunia. Laporan ini dikeluarkan lewat sehari berikutan cuti umum di AS.

Sementara itu, komen dari pengeluar minyak global turut akan diberi perhatian bagi mendapatkan bukti lanjut terhadap pematuhan perjanjian ini bagi membendung isu lebihan bekalan yang telah berlarutan sejak tahun 2014 lagi.

3 Event Penting Yang Anda Perlu Perhatikan Terhadap Prospek Kenaikan Kadar Pada Mac Nanti!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat