3 Event Penting Yang Anda Perlu Perhatikan Terhadap Prospek Kenaikan Kadar Pada Mac Nanti!

52

Pasaran terus meletakkan kemungkinan bagi kenaikan kadar oleh Fed kurang daripada 20 peratus pada bulan Mac. Dalam masa yang sama, Morgan Stanley mengatakan bahawa 3 event utama ini berpotensi merubah prospek kenaikan kadar seawal bulan depan.

Kebanyakan pakar menjangkakan bahawa Fed tidak akan mengetatkan dasar pada bulan Mac kerana pasaran menjangkakan kenaikan kadar pertama adalah pada bulan September. Ahli Fed juga meletakkan jangkaan kenaikan kadar pada mesyuarat yang akan datang pada Mac di dalam pemerhatian yang agak serius.

Memandangkan Janet Yellen memberi ucapan yang agak agresif kepada Kongres minggu lepas, penganalisis mengandaikan bahawa tiga faktor ini mampu memberikan isyarat yang lebih jelas bagi mesyuarat penetapan kadar yang akan diadakan pada 14 hingga 15 Mac nanti termasuklah :

  1. Fed akan mengumumkan beberapa minit mesyuarat Januari pada Rabu, 22 Februari 2017.
  2. Naib Pengerusi Fed, Stanley Fisher dijadualkan berucap di New York di dalam Forum Program Dasar Monetari di Chicago Booth School pada 3 Mac 2017.
  3. Pengerusi Fed, Janet Yellen akan bercakap pada 3 Mac 2017 di Kelab Eksekutif, Chicago.

Fed kali terakhir menaikkan kadar pada Disember tahun lalu dengan petunjuk yang lebih jelas telah dimasukkan ke dalam minit mesyuarat November 2016. Justeru, pasaran akan meneliti minit mesyuarat 22 Februari ini bagi sebarang isyarat yang bakal diberikan untuk prospek kenaikan kadar pada Mac nanti. Stay tuned!

Jumlah Dagangan Forex Global Merosot 12% Berbanding Tiga Tahun Lepas

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat