News & Sentimen Yang Bakal Menggerakkan Eur/Usd Minggu Ini

39

Eur/Usd sekali lagi didagang dalam keadaan volatile (turun-naik) sepanjang minggu lalu, berikutan kejatuhan hampir 100 pip pada awal minggu tersebut diikuti dengan ‘rally‘ ke paras tertinggi lima minggu lepas. ‘Rally‘ tersebut disebabkan penetapan polisi oleh The Federal Reserve pada Khamis dengan Eur/Usd kini merekodkan keuntungan tiga minggu berturut-turut.

Sehingga penghujung Februari yang lalu, pasaran fokus kepada kenaikan kadar Jun dan sedikit jangkaan kenaikan kadar Mac. Situasi ini berubah apabila ahli The Fed memberi isyarat kepastian kenaikan kadar bermula dari awal Mac.

Dengan Federal Reserve mengurangkan jangkaan kenaikan kadar, laporan terbaru bahawa ECB berpotensi mengetatkan polisinya mengubah haluan Eur/Usd kepada kenaikan.

Presiden ECB Mario Draghi tidak akan bercakap minggu ini, tetapi laporan terbaru ura-ura ECB akan mengetatkan polisi adalah penting kepada nilai matawang Euro.

Laporan terbaru dari COT menunjukkan kejatuhan 30% dalam pembelian bersih matawang Euro, manakala pertambahan jumlah pembelian US dolar sebanyak $1.5 billion yang membawa kepada jumlah bersih pembelian kepada $18.1 billion.

Kejatuhan US dolar minggu lepas agak mendadak selepas penetapan kadar. Minggu ini pasaran akan memberi tumpuan kepada ucapan beberapa ahli The Fed jika ada sebarang perubahan kepada kenyataan The Fed minggu lalu.

Dari segi data-data ekonomi, beri tumpuan kepada data-data berikut terutamanya ucapan Janet Yellen dan ‘core durable goods‘:

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat