News & Sentimen Yang Bakal Menggerakkan Eur/Usd Minggu Ini

46

Eur/Usd merekodkan kenaikan pada minggu kedua walaupun data terkini dari AS terus menunjukkan ekonomi domestik yang kukuh. Terbaru, data pekerjaan NFP menunjukkan bacaan yang kukuh walaupun purata gaji sedikit meleset dari jangkaan pasaran. Sepanjang minggu lalu, pergerakan pasangan matawang ini banyak disumbangkan pada sesi dagangan Jumaat.

Kebarangkalian kenaikan kadar The Fed menjelang laporan NFP berada di sekitar 90.8% dengan jangkaan yang begitu kuat laporan NFP melebihi ramalan menyebabkan US dolar gagal menguat selepas data NFP dikeluarkan.

Apa yang menambah penguatan Eur/Usd pada Jumaat adalah laporan Bloomberg yang menyatakan ECB telah membincangkan kenaikan kadar sebelum program ‘quantitative easing‘ (pelonggaran kuantitatif) tamat. Dalam mesyuarat terbaru ECB pada Khamis juga menunjukkan ECB ‘sedikit hawkish’ berbanding sebelum ini.

Minggu ini, The Fed pula akan mengadakan penetapan kadar faedahnya pada awal pagi Khamis dengan jangkaan kadar akan dinaikkan. Dengan kenaikan kadar kini telah ‘priced-in‘ (diserap), penguatan US dolar pada Khamis akan banyak bergantung kepada ‘forward guidance‘ (panduan kehadapan) tentang kenaikan seterusnya.

Pada Rabu data inflasi AS akan dikeluarkan dan seperti kita tahu inflasi adalah data tumpuan The Fed. Ia dijangka memberi impak besar kepada pasangan  Eur/Usd. Harga pengguna meningkat 0.6% pada Januari melebihi dari ramalan pasaran 0.3%.

Bersama data harga pengguna (cpi), jualan runcit AS juga akan dikeluarkan pada masa yang sama. Selain itu, pada Selasa data PPI pula akan dikeluarkan. Seperti biasa data ‘jobless claims‘ dikeluarkan setiap minggu yang biasanya kurang memberi impak kepada pasaran. Jumaat pula data keyakinan pengguna (UoM) sebagai data impak tinggi terakhir minggu ini dari AS.

Di Zon Eropah, Presiden Draghi akan berucap malam ini pukul 9.30 dan beliau dijangka tidak membincangkan tentang polisi monetari. Oleh itu, ucapan beliau malam ini dijangka tidak banyak memberi kesan kepada Eur/Usd. Seperti biasa, kita masih memerhatikan perkembangan terkini politik Perancis atau Jerman yang akan mengadakan pilihanraya tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat