NFP Beri Isyarat Bercanggah Daripada FOMC, Ke Mana Arah Tuju US Dolar?

328

Menjadi tumpuan pada penghujung dagangan minggu lalu, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk terbaru kepada pasaran selepas berakhirnya mesyuarat FOMC pada minggu yang sama.

Berbeza berbanding isyarat hawkish daripada Federal Reserve (Fed) ketika mesyuarat FOMC, pertumbuhan sektor buruh pada bulan April lebih perlahan daripada yang dijangkakan.

Meneliti laporan, pertambahan pekerjaan pada April sebanyak 175,000 adalah lebih rendah dari ramalan 238,000 dan jauh dari angka bulan sebelumnya 315,000.

Purata pendapatan per jam juga menurun kepada 0.2% daripada ramalan untuk kekal pada 0.3% dan lebih membimbangkan lagi apabila kadar pengangguran meningkat semula ke paras 3.9%.

Turut menyusul selepas itu adalah data tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS yang kembali catatkan bacaan di bawah paras 50 mata.

Ini telah menyebabkan US dolar susut ke paras terendah 3 minggu susulan tercetus semula jangkaan kecenderungan untuk Fed bersedia untuk beralih kepada pelonggaran dasar monetari mereka.

Situasi ini dilihat semakin menyukarkan Fed untuk membuat keputusan berikutan kadar inflasi di Amerika menunjukkan peningkatan semula pada bacaan data terbaru.

Peratusan untuk langkah pemotongan kadar faedah dilaksanakan pada September meningkat, namun Pengerusi Fed Jerome Powell sebelum ini menyatakan untuk dasar ketat sedia ada akan perlu dikekalkan sehingga mencapai sasaran inflasi 2%.

Penganalisis menilai pergerakan US dolar berada di persimpangan jalan, namun untuk tempoh terdekat, momentum reaksi NFP minggu lalu berkemungkinan akan mendorong US dolar bergerak lemah di awal minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat