NFP Dijangka Tentukan Arah Pergerakan GBP/USD Lebih Jelas

308

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kekal mendatar di bawah zon rintangan 1.3200-1.31700 selepas harga mengujinya pada dagangan Rabu dan Khamis semalam.

Pergerakan mendatar harga menuju penghujung minggu didorong oleh kewaspadaan pelabur menantikan terbitan bagi laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Mac pada sesi New York malam ini.

Ketiadaan data-data ekonomi utama UK juga gagal untuk menyuntik pengukuhan Pound pada dagangan minggu ini walaupun faktor fundamental bank pusat sebelum ini dilihat akan menyokong pergerakan Pound dalam pasaran.

Kini pelabur sedang menantikan petunjuk lebih jelas untuk arah pergerakan harga pada carta GBP/USD yang berkemungkinan akan diperolehi selepas laporan NFP diterbitkan.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dilihat menyokong harga untuk bergerak naik, namun kenaikan sekadar menjengah ke paras 1.31700 pada zon SBR (support become resistance).

Sekiranya kenaikan lebih tinggi berjaya menembusi zon SBR 1.31700-1.3200, pelabur lebih optimis untuk harga bergerak dalam trend bullish semula menuju zon rintangan pada 1.33000.

Namun sedikit penurunan pada sesi Asia pagi ini di bawah paras MA50 membuatkan pelabur berhati-hati untuk isyarat awal bagi trend bearish.

Harga yang susut di bawah paras 1.31000 akan memberi isyarat lebih jelas untuk meneruskan penurunan menuju sehingga ke zon support pada 1.3000 pula.

Penurunan harga bakal berlaku sekiranya laporan pekerjaan NFP yang diterbitkan sebentar lagi memberi sokongan terhadap pengukuhan US dolar.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat