NFP Kembali Lagi! USD Mula ‘Panaskan Enjin’ Untuk Meroket?

1,002

Pasaran bergerak tenang pada sesi Asia, menyaksikan dagangan US dolar yang sedikit meningkat ketika pelabur menantikan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat sebagai petunjuk jelas untuk kenaikan kadar faedah lebih awal dari Federal Reserve (Fed).

Terdahulu, pelabur telah diperlihatkan dengan data tuntutan pengangguran AS yang lebih baik daripada jangkaan dengan hanya 222,000 tuntutan pada minggu lepas. Namun, bacaan ini dilihat meningkat daripada catatan terendah yang dicatatkan sebelumnya sebanyak 194,000.

Data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pada sesi New York, dijangka akan menunjukkan peningkatan pada bulan November sebanyak 553,000 dan kadar pengangguran pula terus mencatatkan penurunan kepada 4.5%.

Sementara itu, penggubal dasar Fed telah mengikuti pendirian Pengerusi Jerome Powell untuk lebih hawkish, di mana Presiden Fed San Fransisco, Mary Daly berkata mungkin sudah tiba masanya untuk mula merangka rancangan menaikkan kadar bagi memerangi inflasi.

Pada sesi Asia, indeks dolar diniagakan sedikit menokok pada sekitar harga 96.15 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Para pelabur kini dalam langkah berjaga-jaga di tengah ketidakpastian terhadap varian coronavirus Omicron yang masih belum mempunyai butiran jelas mengenainya, menyebabkan pergerakan terhad dalam pasaran.

Walaupun terdapat laporan yang mengatakan bahawa vaksin sedia ada masih boleh melindungi dari Omicron dari penyakit yang teruk dan kematian, namun, banyak negara telah mengetatkan kawalan sempadan untuk membendungnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat