NFT Pertama National Geographic Dikecam Hebat Peminat!

565

“Bagi la peluang kat NatGeo, mana tahu NFT dia berjaya nanti.”

Ratusan peminat meluahkan kemarahannya apabila National Geographic (NatGeo) melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) pertamanya pada Polygon dengan menampilkan Bored Ape Yacht Club (BAYC) dan karya daripada 16 jurugambar terkemuka.

Kenyataan dikeluarkan di akaun media sosial rasmi NatGeo mengenai NFT telah disambut dengan sejumlah besar komen negatif apabila terdapat individu berkata koleksi digital yang ingin dikeluarkannya adalah penipuan ataupun pencucian duit semata-mata.

Hal ini berikutan kerana Netflix pernah mencipta NFT percuma sebagai sebahagian daripada promosinya untuk musim terbaru “Stranger Things”, tetapi malangnya syarikat itu saksikan kejatuhan pada tahun lepas.

NatGeo dilaporkan memiliki 256 juta pengikut di Instagram, 49 juta di Facebook dan lebih 2.6 juta di Twitter.

Walaupun terdapat 3,000 komen Instagram dan 200 komen Facebook adalah negatif, sesetengah artis NFT menyokong langkah baharu NatGeo dan menyebut pengkritik itu tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang NFT.

Namun setakat ini, kebanyakan individu yang berhasrat untuk mint NFT NatGeo dimaklumkan telah menghadapi masalah teknikal.

Dalam pada itu, NatGeo didapati melancarkan NFT semasa jumlah keseluruhan aset digital Polygon yang didagangkan pada bulan lepas melihat junaman drastik sebanyak 80.5% pada $15.39 daripada paras tertinggi setahun lalu bernilai $79.45.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat