NFT ‘RTFKT CLONE X + Murakami’ – CloneX #13134 Menjadi Ke-2 Termahal, Dijual Hampir RM5 Juta!

955

Seni-seni non-fungible token (NFT) tidak dinafikan sememangnya mahal, bergantung kepada kedudukan rank yang menentukan rarity-nya.

Yang terbaru, koleksi NFT bagi siri RTFKT CLONE X + Murakami iaitu CloneX #13134 menyaksikan rekod penjualan kedua termahal dengan harga dibida pada 368 ETH ($1,133,384, bersamaan RM4,743,214).

Sebelum ini, CloneX #4594 menjadi antara NFT termahal yang terjual untuk koleksi RTFKT CLONE X + Murakami.

NFT tersebut terjual pada tanda harga 450 ETH (bersamaan $1,385,932, bersamaan RM5,799,849).

Sebagai rekod, Nike merupakan pemilik tunggal kepada jenama RTFKT sejak Disember 2021.

Bermula daripada itu, jumlah transaksi bagi siri NFT produk ini telah meningkat mendadak dan jumlah transaksi untuk CloneX telah melepasi rekod $400 juta (RM1,673,920,000).

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat