NFT Twit Pertama Pengasas Twitter Dibeli Pada Hampir RM12 Juta, Tapi Sekarang Terciduk?

1,258

Masih ingatkah anda dengan twit pertama milik pengasas Twitter, Jack Dorsey yang terjual sebagai NFT pada Mac 2021?

Twit itu dibeli oleh CEO Bridge Oracle, Sina Estavi pada nilai hampir RM12 juta!

Mungkin anda menyangka nilai NFT tersebut semakin mahal ketika ini tetapi berdasarkan perkembangan terbaru, usahawan Malaysia itu gagal mendapat bidaan yang lebih tinggi daripada harga beli.

Opps! Apa yang berlaku?

Pada 7 April, Estavi telah memuat naik kicauan di laman Twitter, mengumumkan hasratnya untuk menjual NFT twit pertama daripada Dorsey.

Menurutnya, 50% daripada keuntungan yang diterima akan disumbangkan kepada pertubuhan amal, GiveDirectly.

Bagaimanapun ketika artikel ini ditulis, penulis mendapati rata-rata nilai beli ditawarkan sekitar 0.0019 ETH (RM25.06) – 2 ETH (RM26,388) sahaja.

Ia merupakan satu jurang yang sangat besar, 99900% lebih rendah daripada harga sebelumnya, RM11,969,181.88.

Tidak pasti bila twit pertama itu akan berpindah milik, tetapi Estavi memberitahu jika dia menerima tawaran yang lebih baik, dia akan menjualnya atau jika tidak, dia akan simpan sahaja.

Barangkali populariti NFT tersebut menyusut kerana gagal membawa nilai sentimental untuk menarik perhatian peminat. Mungkin juga kerana isu yang terpalit dengan Estavi bermula tahun lepas.

Untuk pengetahuan, pada 18 Mei 2021, Estavi telah ditahan di Iran atas perintah Special Economic Crimes Court kerana dituduh mahu menghancurkan sistem ekonomi negara.

Tidak cukup dengan itu, pengasas bersama Bitcoin.com, Mate Tokay pernah menyaman Estavi kerana gagal mendapat pampasan sebagai penasihat kepada projek Bridge dan namanya pula disalahguna dalam permasaran Bridge Token (BRG).

Lebih parah, pengguna Bridge turut melemparkan tuduhan sama, mendakwa Estavi telah putar belit maklumat dan menipu mereka di Twitter.

Estavi sudah dibebaskan dan didapati cuba untuk perbaiki apa yang telah berlaku. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur. Tiada siapa mahu percayakannya lagi walaupun dikhabarkan akan melancarkan projek kripto terbaharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat