Tweet Pertama Pengasas Twitter Akhirnya Terjual Pada Lebih RM 11 Juta!

6,747

Masih ingatkah anda tentang tweet pertama pengasas Jack Dorsey yang dilelongkan dalam versi non-fungible token (NFT) pada awal Mac?

“just setting up my twttr” yang dimuat naik pada 21 Mac 2006 oleh Jack Dorsey akhirnya dibeli oleh ahli perniagaan Malaysia, Sina Estavi pada harga £2.1 juta (RM11,969,181.88)!

Pembelian itu dilakukan dalam matawang kripto Ether (ETH) dan akan disalurkan kepada non-profit organization (NGO), Give Directly untuk bantuan keluarga di Afrika yang hidup dalam kemiskinan, seperti mana tujuan Dorsey menjual tweetnya itu.

Estavi, ketua eksekutif firma teknologi Bridge Oracle menyamakan nilai seni digital itu sama seperti lukisan agung, Mona Lisa.

“Ini bukan sekadar tweet! Saya rasa beberapa tahun kemudian, orang akan menyedari nilai sebenar tweet ini, sama seperti lukisan Mona Lisa.” @sinaEstavi pada hari ini.

Sebagai pembeli, Estavi akan menerima sijil yang ditandatangani dan disahkan secara digital oleh Dorsey, termasuk metadata asal tweet itu. Data itu mengandungi informasi seperti tempoh tweet itu dimuatnaik dan kandungan teks.

Apa itu NFT? NFT secara mudahnya adalah token unik yang menjadi bukti seseorang itu memiliki foto, video atau sebarang bentuk karya secara atas talian. NFT tidak boleh ditukar ganti dan tidak boleh ditiru serta diciplak, menjadikan ia sangat terhad.

Sebelum ini, hasil karya Mike Winkelmann atau dikenali sebagai Beeple, ‘Everydays: The First 5000 Days’ yang dilelong dalam versi NFT, telah terjual pada $69 juta!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat