CEO Twitter Lelong Tweet Pertamanya Dalam Bitcoin!

933

Satu keputusan yang luar biasa apabila ketua pegawai eksekutif Twitter, Jack Dorsey melelongkan tweet pertamanya yang dimuatnaik pada Mac 2006 dan mahu menukarkan pendapatannya itu kepada Bitcoin (BTC).

Koin yang terkumpul kemudiannya akan didermakan kepada non-profit organization (NGO), Give Directly, menfokuskan kepada keluarga di Afrika Timur yang hidup dalam kemiskinan.

Dorsey mula melelongkan tweet pertamanya versi token pada minggu lepas di platform pengeluaran non-fungible token (NFT), Valuables yang dikuasai Ethereum.

Dikatakan figura itu akan menerima bidaan sehingga 21 Mac.

Sehingga kini, bidaan tertinggi yang dibuat adalah daripada CEO Bridge Oracle, Sina Estavi dengan nilai $2.5 juta Ether. Bidaan itu berjaya mencuri perhatian pihak media.

Sebagai rekod, Dorsey merupakan salah seorang penyokong Bitcoin (BTC) untuk sekian lama. Juga pada masa yang sama menolak altcoins.

Sekitar pada bulan Oktober lalu, figura itu ada mendedahkan bahawa dia tidak memiliki sebarang pegangan Ethereum setelah menolak matawang kripto kedua terbesar selepas Bitcoin (BTC).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat