Niaga Hadapan Ekuti Amerika Syarikat Dalam Aliran Stabil

143

Sentimen pelabur memulih walaupun terdapat krisis diplomatik di Ukraine yang berterusan dan jangkaan dasar monetari di China telah membuatkan pasaran saham Asia melonjak.

Kenaikan pada sesi Jumaat bagi saham China yang tersenarai di Amerika Syarikat (AS) memberi peluang untuk pembukaan positif di Hong Kong sementara niaga hadapan S&P 500 dan Nasdaq Composite turun dari paras terbaik 16 bulan.

Menurut Ed Yardeni, Presiden Yardeni Research, kekayaan tunai pada firma AS menambah pengukuhan sentimen pada pasaran ekuiti.

Hujarnya, dasar monetari AS sudah tidak bullish bagi saham ekoran pengetatan yang dibuat oleh Federal Reserve (Fed), namun, pembelian balik dan dividen harus kekal sebagai sumber penting untuk kenaikan harga pasaran saham.

Sebagai makluman, pelabur juga sedang menantikan ucapan oleh Jerome Powell pada Isnin, kurang seminggu selepas beliau mengumumkan kempen pengetatan monetari bagi membendung kadar inflasi yang tinggi.

Selain itu, presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde akan berucap di persidangan BIS pada Selasa (23 Mac), Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey dan Menteri Kewangan United Kingdom (UK) Rishi Sunak mengenai bajet pada Rabu.

Bagi pasaran bon, pelabur terus waspada dalam sentimen berhati-hati dengan risiko perang dan dasar pengetatan oleh Fed, dengan keluk hasil perbendaharaan mendatar sementara sebahagiannya sonsang, menunjukkan kelembapan pada pertumbuhan ekonomi.

Hasil perbendaharaan 10 tahun turun 2 mata asas pada 2.15% pada Jumaat.

Tolok dolar naik dan Yen menghampiri paras terendah 6 tahun.

Yen Jepun didagangakan pada 119.25 per dolar, Yuan pada 6.3720 per dolar dan Euro pada US$1.1044.

Dalam pada itu, krisis Rusia-Ukraine terus menambah tekanan inflasi dengan harga komoditi utama seperti minyak dan bijirin naik.

Ekoran daripada itu, harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS naik US$106 setong apabila pelabur terus memerhatikan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah.

Emas didagangkan $1,919.23 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat