Nike & IKEA Pun Kutuk Rusia, McDonald’s Bakal Menyusul?

1,233

‘Semua kenakan sekatan, tapi ada 1 brand ni masih senyap je. Kenapa eh?’

Senarai sekatan oleh jenama-jenama besar dunia terhadap Rusia tambah 2 ahli lagi baru iaitu gergasi barangan sukan, Nike dan gergasi syarikat perabut pasang siap, IKEA.

Pihak IKEA telah mengesahkan penutupan kedainya di Rusia dan Belarus yang menjejaskan lebih 15,000 pekerja dan turut menerangkan sebabnya bukan melibatkan politik.

Hujarnya, peperangan tersebut telah menyebabkan gangguan bekalan yang sangat serius dan memberi impak teruk kepada perniagaan mereka, jadi keputusan untuk menutup sementara kedainya adalah keputusan terbaik.

Rusia merupakan pasaran ke-10 terbesar IKEA dengan jualan runcit sebanyak 1.6 bilion Euro atau 4% daripada jumlah jualan runcit dan penutupannya akan memberi kesan kepada lebih 15,000 pekerja.

Manakala bagi Nike pula, mereka telah melumpuhkan laman web rasmi syarikat di Rusia serta menutup kesemua kedai fizikalnya di Rusia sebagai bantahan kepada serangan Vladimir Putin.

Syarikat yang terkenal dengan produk kasut tersebut juga memaklumkan bahawa yayasannya akan menderma $1 juta kepada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan

Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa sebagai tanda sokongan kepada mangsa yang terkesan.

Walau bagaimanapun, beberapa syarikat gergasi lain seperti McDonald’s Corp dan Pepsi Co masih mendiamkan diri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat