Nike Kena Kecam Teruk Di Jepun

379

Jenama sukan popular, Nike berdepan kecaman di Jepun berikutan iklan terbaharunya yang memaparkan isu berkaitan diskriminasi perkauman di negara itu.

Video tersebut menunjukkan ‘pengalaman sebenar’ tiga pemain bola sepak muda daripada etnik yang berbeza.

Lapor BBC, video berkenaan telah ditonton sebanyak 25 juta kali di media sosial dan menerima hampir 80,000 perkongsian.

Bagaimanapun video tersebut mencetuskan perdebatan hangat kerana rakyat Jepun tidak terbuka dalam soal isu-isu sensitif seperti perkauman dan mereka juga mempersoalkan mengapa Nike mahu membicarakan mengenai perkara terbabit.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Nike Jepun, iklan itu menyoroti perjalanan mereka dalam menghadapi setiap cabaran dan konflik dalam kehidupan seharian bagi mencapai masa depan menerusi sukan.

Namun beberapa komen yang ditulis di media sosial mengatakan Nike telah memperbesarkan soal perkauman dan tidak seharusnya ditujukan kepada Jepun. Terdapat juga segelintir pengguna Internet yang mahu memboikot produk Nike.

“Seolah-olah mereka mengatakan diskriminasi berlaku di mana-mana sahaja di Jepun,” kata salah seorang pengguna Internet.

Ujar seorang wartawan, Morley Robertson, ramai rakyat Jepun tidak suka disuruh oleh orang asing untuk mengubah cara hidup mereka.

“Tetap jika orang asing menunjukkan pemahaman yang mendalam tentang budaya atau peraturan Jepun, maka rakyat Jepun tidak akan tersinggung dan memberi pujian,” jelasnya.

Nike bukan satu-satunya jenama Barat yang dikecam kerana tidak memahami budaya dan tingkah laku pengguna di Asia.

Tahun lalu, jenama mewah Perancis, Dior dikritik kerana menggunakan peta China yang tidak merangkumi Taiwan dalam produknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat