Harga minyak mentah terus mendapat dorongan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi ke paras terkuat sejak November 2022.
Ketika sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada $88.54 setong, selepas mencapai paras tertinggi harga pada $88.89 setong pada Jumaat.
Sementara dagangan minyak WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $85.60 setong, setelah melonjak tinggi pada $86.03 setong.
Pengukuhan itu didorong oleh jangkaan bahawa OPEC+ akan melanjutkan langkah pengurangan dalam pengeluaran untuk memastikan bekalan minyak kekal ketat.
Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak memberitahu pada hari Khamis bahawa negara itu bersetuju dengan rakan OPEC yang lain untuk meneruskan pemotongan.
Selain itu, Arab Saudi juga dijangka melanjutkan pemotongan pengeluaran 1 juta tong sehari secara sukarela pada bulan Oktober.
Dari segi permintaan, pengembangan mengejut dalam aktiviti pembuatan China dalam tinjauan swasta Caixin pada hari Jumaat menimbulkan keyakinan tentang kesihatan ekonomi pengimport minyak terbesar dunia itu.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.