Noh! Pasaran Terciduk Kena Tipu Dengan Fed

723

Tepati ramalan, Federal Reserve (Fed) bersetuju meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas buat kali keempat berturut-turut dan turut menunjukkan potensi perubahan dalam cara ia akan menetapkan dasar monetari.

Langkah itu meneruskan rentak pengetatan dasar yang paling agresif sejak awal 1980-an yang membawa kadar dana Fed meningkat kepada julat sasaran 3.75%-4.00%, paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun.

Susulan keputusan itu, Fed berkata akan mengambil kira pengetatan kumulatif dasar monetari, kesan yang mempengaruhi aktiviti dan inflasi serta perkembangan ekonomi dan kewangan dalam menentukan kadar kenaikan pada masa akan datang.

Ini sekali gus mencetuskan jangkaan kenaikan sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi seterusnya iaitu pada Disember, menyebabkan dagangan dolar Amerika menjunam dan hasil bon AS 10 tahun bergerak rendah, manakala saham lebih tinggi.

Bagaimanapun, situasi dalam pasaran kembali berubah setelah pelabur mendengar kenyataan Pengerusi Jerome Powell yang pada hakikatnya masih hawkish.

Powell menegaskan bahawa ‘sangat’ terlalu awal untuk menganggap Fed akan berhenti seketika (pause) dalam menaikkan kadar faedahnya kerana inflasi perlu diturunkan secara tegas.

Walaupun mengakui bahawa memperlahankan kadar kenaikan akan ‘menjadi perlu pada satu ketika’, tetapi ia juga mungkin mengambil masa untuk inflasi turun. Justeru, pendirian dasar yang ketat harus kekal untuk beberapa waktu.

Ujar Powell lagi, Fed masih mempunyai beberapa langkah untuk dilaksanakan dan data yang masuk sejak mesyuarat terakhir mereka menunjukkan tahap kadar faedah utama akan lebih tinggi daripada jangkaan sebelum ini.

Ekoran itu, US dolar yang pada mulanya menjunam kembali melonjak tinggi dan pasaran Wall Street pula merosot.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat