NZD/USD Melonjak Susulan Keputusan Mesyuarat Polisi Monetari RBNZ

328

Menggemparkan sesi pasaran Asia hari ini, keputusan mesyuarat polisi monetari oleh bank pusat New Zealand nyata memberikan kejutan dan impak besar dalam pasaran kewangan.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.00%, meleset berbanding jangkaan majoriti pasaran bahawa penurunan bakal berlaku untuk mesyuarat edisi November.

Ini kejutan kali kedua oleh RBNZ selepas pemotongan kadar faedah besar-besaran pada dua mesyuarat sebelum ini.

Susulan pengumuman penetapan kadar faedah tersebut, dolar NZD mencatatkan pengukuhan ketara dengan lonjakan harga berbanding matawang utama yang lain.

Khususnya pada carta pasangan matawang NZD/USD. Harga telah melonjak lebih 80 pips untuk satu jam pertama setelah keputusan mesyuarat diumumkan.

Sebelumnya, harga bergerak mendatar pada zon support di paras 0.63300 dengan jangkaan bahawa harga akan membuat penurunan didorong oleh jangkaan inflasi yang turut menurun.

Pasaran kini meneliti kenyataan susulan bank pusat dengan ucapan oleh Gabenor Adrian Orr berhubung keputusan untuk kadar dikekalkan pada mesyuarat kali ini.

Jika momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan, harga akan meneruskan lonjakan menuju zon SBR (support become resistance) pada 0.64300 sebelum menuju zon resistance pada 0.64600. Paras tersebut akan diuji sebelum harga cuba mencatatkan paras ketinggian harga yang terbaru.

Namun, jika berlaku penurunan harga semula, zon support 0.63300 akan menjadi destinasi yang bakal dituju harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat