NZD/USD Terus Melonjak Selepas Reaksi Keputusan Mengejutkan RBNZ!

145

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengejutkan pasaran apabila menaikkan kadar faedah lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Meleset berbanding jangkaan untuk kenaikan sebanyak 25 mata asas, RBNZ sebaliknya meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas ke paras terbaru 5.25%.

Dolar New Zealand terus melonjak susulan reaksi awal keputusan mesyuarat tersebut.

Dengan sektor pekerjaan yang kukuh dan ekonomi yang masih berdaya tahan, bank pusat dilihat terus komited untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran.

Kesan pergerakan harga dapat dilihat pada carta pasangan mata wang NZD/USD yang telah memaparkan lonjakan di sesi Asia sebentar tadi.

Berbanding pergerakan harga yang lebih mendatar pada Selasa semalam, lonjakan yang berlaku hari ini menyaksikan harga mencapai paras ketinggian sekitar 0.63800.

Namun, menyambung pembukaan di sesi Eropah, harga dilihat mula berundur sedikit untuk mendatar di sekitar 0.63500.

Dengan faktor US dolar yang masih didagangkan lemah dan RBNZ pula dilihat lebih hawkish, harga dilihat lebih cenderung untuk meningkat lebih tinggi lagi.

Kenaikan yang diteruskan dilihat bakal menuju zon tumpuan berikutnya berada pada sekitar 0.64000 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 9 minggu.

Namun jika kenaikan gagal diteruskan, waspada untuk potensi berlakunya kejatuhan semula harga ke bawah.

Penurunan awal dilihat akan menuju sekitar zon 0.63000 sebelum isyarat perubahan trend akan diperhatikan pelabur.

Jika susut lebih rendah, harga dilihat akan kembali susut semula ke sekitar 0.62000 yang menjadi zon sokongan harga pada dagangan minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat