Oh, Patut La EUR/USD Naik Ke Paras Tertinggi 4 Minggu

439

US dolar menyambung penyusutan pada dagangan Rabu semalam susulan terbitan laporan data pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam menepati ramalan dengan angka yang sedikit menurun kepada 455,000 berbanding 486,000 bacaan sebelumnya.

Kemudiannya menyusul pula data bacaan akhir pertumbuhan ekonomi AS untuk suku terakhir 2021 yang sedikit susut berbanding jangkaan untuk kekal seperti bacaan terdahulu mendorong untuk US dolar terus lemah menjelang laporan pekerjaan NFP di penghujung minggu.

Oleh itu, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah menyambung kenaikan lebih tinggi semalam setelah berjaya melepasi rintangan pada zon SBR (support become resistance) 1.11300.

Situasi kenaikan harga ini dijangka akan berterusan selepas lonjakan yang berlaku pada Selasa lalu susulan perkembangan positif rundingan damai antara Rusia dan Ukraine yang menyokong pengukuhan Euro.

Seterusnya kenaikan harga dilihat bakal menguji paras tumpuan pada 1.12000 sebelum kenaikan yang masih diteruskan akan menuju ke ke para sekitar 1.12700 pula untuk menguji zon SBR yang lebih tinggi itu.

Namun pelabur tetap berhati-hati untuk pengukuhan US dolar semula yang boleh mendorong perubahan arah harga untuk menjunam.

Sekiranya laporan pekerjaan NFP AS pada sesi New York malam nanti memaparkan bacaan yang memberangsangkan, boleh menjadi faktor untuk US dolar kembali mengukuh semula dan berada dalam landasan pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed) sebelum ini semula.

Untuk jangkaan penurunan harga, paras 1.1000 bakal kembali menjadi tumpuan untuk diuji yang berkemungkinan boleh menjadi paras sokongan buat harga.

Namun, penurunan harga yang lebih rendah diteruskan akan mendorong harga untuk susut menuju zon sekitar 1.09000 sebelum ke zon support 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat