Oh Tidak! Logam Kuning Ini Kembali Lesu

500

Ketika pasaran menuju ke sesi pembukaan Eropah, logam kuning emas bertahan di sekitar harga $1,855 per auns, dengan mencatatkan penyusutan 0.2% pada sesi dagangan hari ini.

Logam berharga itu nampaknya menanggung beban kesan daripada pergerakan US dolar yang memaparkan kenaikan selepas menjunam pada awal sesi.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding matawang utama diperdagangkan meningkat pada 90.94, berlegar di sekitar paras ketinggian enam minggu yang dicapainya pada sesi dagangan semalam.

Sementara itu, harapan untuk pakej rangsangan Amerika Syarikat dilaksanakan nampaknya masih jauh, walaupun selepas Presiden Joe Biden bertemu dengan Senator Republik untuk membincangkan mengenai cadangan alternatif yang diusulkan sebelum ini.

Walaupun pertemuan itu dikatakan sangat produktif, tetapi Biden mengatakan bahawa bantuan yang dicadangkan tidak cukup untuk menyelesaikan krisis Covid-19 dan berkeras untuk mengekalkan pakej $1.9 trilion yang dicadangkan pada Januari.

Sementara itu, para penggubal undang-undang Demokrat bersedia untuk meneruskan proses persetujuan pakej tersebut walaupun tanpa sokongan daripada Republikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat