OIL Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

30

Harga minyak mentah terus berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, setelah para trader semakin giat menonton dan mendengar komen dan tajuk utama menjelang mesyuarat DOHA pada hujung minggu ini. Dalam pada itu, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS berkata bahawa pengeluaran minyak daripada tujuh pengeluar syal utama mungkin merosot sebanyak 114,000 tong sehari pada bulan ini dan bulan depan.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei turun naik sekitar $1.30 setong dari paras terendah harian sekitar $40.85 ke setinggi $42.15, sebelum menutup sekitar paras $41.43 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun turun naik sekitar $1.32 setong dari paras terendah harian sekitar $43.30 ke setinggi $44.62, sebelum menutup sekitar paras $43.78 setong.

[adrotate group=”6″]

Sebelum daripada itu, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) mengeluarkan laporan inventori mingguannya, yang menunjukkan inventori minyak mentah AS bertambah sebanyak 6.6 juta tong pada minggu berakhir 8 April lalu. Harga minyak melonjak ke paras tertinggi tahunan pada hari Selasa lalu, selepas terdapat spekulasi bahawa dua pengeluar utama dunia, Arab Saudi dan Rusia telah mencapai kata sepakat mengenai pembekuan pengeluaran mereka, menjelang mesyuarat OPEC di Doha, Qatar pada Ahad ini.

The Financial Express melaporkan bahawa pada penghujung Februari lalu, beberapa ratus pegawai Saudi, eksekutif syarikat dan perunding asing berkumpul di hotel mewah Riyadh untuk membincangkan bagaimana ekonomi Arab Saudi boleh berkembang dalam era harga minyak yang murah. Bengkel itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Arab Saudi untuk cuba menyusun semula ekonominya supaya tidak lagi bergantung kepada minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat