OIL Analisa Fundamental Harian 16 Dis 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-oil-012

Minyak mentah pulih sedikit Selasa semalam, tetapi masih sangat lemah setelah para trader mendengar komen daripada Iran dan OPEC. Iran mengatakan bahawa mereka tidak akan mengurangkan pengeluaran sebaik sahaja sekatan ditarik balik. Selepas kembali ke pasaran, Iran masih dapat mengeksport minyak walaupun harga jatuh di bawah $30 setong, menurut Menteri Minyak Iran Bijan Zangeneh.

Di New York Mercantile Exchange, Crude bagi penghantaran Januari melonjak lebih $1.85 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $37.90 setong, sebelum susut semula dan menutup sekitar paras $36.80 setong; manakala di Intercontinental Exchange London pula, Brent bagi penghantaran Februari juga melonjak lebih $1.85 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $39.70 setong, sebelum susut semula dan menutup sekitar paras $38.45 setong.

[adrotate group=”6″]

Menurut Zangeneh, Iran secara bebas membuat keputusan mengenai pengeluaran minyak dan eksport. Menteri itu mendakwa bahawa pengeluaran minyak setiap hari di Iran akan mencapai satu juta tong pada beberapa bulan selepas sekatan kewangan dan perdagangan terhadap Tehran ditarik balik. Selepas menjunam sekitar 12% minggu lalu, harga ditutup sedikit tinggi semalam. Tetapi dengan permintaan global masih lemah dan lebihan bekalan yang berterusan, komoditi itu tidak  dijangka untuk membina sebarang momentum.

Kenyataan beliau datang selepas penurunan berterusan harga minyak dunia sejak pertengahan 2014, dicetuskan oleh lebihan bekalan dan kebimbangan terhadap ‘Iran Deal’. Harga minyak boleh kekal di bawah paras $40 setong untuk masa yang agak panjang, menurut Pembantu Presiden Rusia Andrei Belousov. “Kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa keadaan ini boleh bertahan untuk beberapa lama,” kata Belousov kepada wartawan. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih tepat untuk berapa lama harga minyak akan berada di bawah paras $40 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat