OIL Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2016

68

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dalam reaksi kepada laporan inventori minyak AS yang dilaporkan berkurangan lebih daripada jangkaan.  Pasaran menolak harga minyak hampir ke paras $50 setong, paras yang tertinggi dalam masa lebih tujuh bulan.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Julai yang susut ke paras terendah harian sekitar $48.65, memacu naik semula lebih $1.05 setong untuk menutup sekitar paras $49.72 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai yang susut ke paras terendah harian sekitar $48.90 setong, memacu naik semula lebih $1.00 setong untuk menutup sekitar paras $49.87 setong.

Menurut Jabatan Maklumat Tenaga Amerika Syarikat semalam, stok minyak komersil AS berkurangan sebanyak 4.2 juta tong berbanding jangkaan pasaran untuk pengurangan hanya sebanyak 1.7 juta tong.  Minggu lepas stok minyak bertambah sebanyak 1.3 juta tong. Trader berkata sebahagian daripada kekurangan tersebut adalah disebabkan oleh import yang jatuh disebabkan oleh kebakaran hutan di Kanada.

Kebakaran hutan di wilayah pengeluar minyak Alberta, Kanada itu telah menyebabkan kehilangan kira-kira 1.5 juta tong sehari dalam pengeluaran. Pada masa yang sama, ekonomi yang mengukuh mungkin turut menyumbang kepada penggunaan minyak yang meningkat. Namun, trader juga memberi amaran bahawa kenaikan harga ke paras $50 setong, mungkin mendorong lebihan bekalan global, yang menarik minat pengeluar minyak syal untuk kembali beroperasi.

Kiraan bilangan pelantar minggu lepas tidak berubah, yang menunjukkan pengeluar mungkin telah berhenti dan menutup pelantar. Namun lebih lama harga berlegar-lega di paras $50 setong, ini akan mendorong lebih banyak telaga lama dibuka semula. Peningkatan dalam bilangan pelantar pada minggu ini akan menghantar isyarat menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat