OIL Analisa Fundamental Harian 30 Nov 2015

46

moshedfx-forex-malaysia-minyak-001

Harga minyak mentah kembali merudum untuk hari kedua Jumaat lalu, dengan crude jatuh lebih $0.85 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $41.80 setong sebelum menutup sekitar paras $41.90 setong; manakala brent juga jatuh lebih $0.85 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $45.15 setong sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah para trader mula menumpukan perhatian kepada mesyuarat OPEC di Vienna, Austria minggu ini.

Syarikat perkhidmatan telaga minyak Baker Hughes Inc. berkata jumlah pelantar carigali minyak dan gas asli di Amerika Syarikat menurun sebanyak 13 buah kepada 744 buah semuanya pada minggu lalu. Baker Hughes mengeluarkan laporan dua hari lebih awal daripada biasa kerana cuti “Thanksgiving”. Kiraan pelantar minyak semasa ialah 65% lebih rendah daripada tahun lepas iaitu sebanyak 1,572 buah. Sejak akhir musim panas lalu, penggerudi telah mengurangkan 111 buah pelantar minyak.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) berkata, inventori minyak AS meningkat sebanyak 1 juta tong sehari kepada sejumlah 488.2 juta tong dalam inventori komersial, yang merupakan paras tertinggi dalam 80 tahun. Pada masa yang sama, Institut Petroleum Amerika Syarikat (API) melaporkan bahawa stok simpanan minyak mentah AS meningkat 2.6 juta tong untuk tempoh yang sama. Kaji selidik Reuters pula mengunjurkan stok simpanan minyak mentah AS boleh meningkat sebanyak 1.2 juta tong untuk tempoh yang sama.

Sebelum daripada itu, harga minyak telah memacu naik lebih daripada 7% pada awal minggu lalu, akibat ketegangan geopolitik di antara Rusia dan Syria. Sentimen gangguan bekalan telah membawa kepada kenaikan harga minyak mentah. Pasaran minyak mentah telah berada di bawah kebimbangan lebihan bekalan dalam jangka masa panjang, jadi ramai pelabur dan trader berada dalam kontrak jualan dalam pasaran minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat