OIL Analisa Fundamental Harian 5 Feb 2016

54

moshedfx-forex-malaysia-oil-015

Harga minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, sehari selepas melambung tinggi sebanyak 8% di sebalik Dollar AS yang lemah, dan di tengah-tengah khabar angin mengenai perjanjian yang berpotensi di antara Russia dan OPEC untuk mengurangkan lebihan bekalan global. Indeks Dollar jatuh 0.85% kepada sekitar 96.45 mata, paras yang tidak dilihat sejak 23 Oktober, berikutan spekulasi Federal Reserve AS mungkin memilih untuk tidak menaikkan kadar sama sekali pada tahun ini, berikutan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di Amerika Syarikat dan kegawatan dalam pasaran kewangan global.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $33.60 setong ke serendah $31.45, sebelum menutup sekitar paras $31.60 setong; manakala di Intercontinental  Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $35.80 setong ke serendah $34.15, sebelum menutup sekitar paras $34.40 setong.

[adrotate group=”6″]

Peserta pasaran tidak lagi mengharapkan sebarang kenaikan kadar pada tahun ini, manakala Feds mengikut jangkaannya, akan mengadakan empat kenaikan kadar pada 2016. Sementara itu, spekulasi terus berkisar tentang kemungkinan mesyuarat kecemasan OPEC, dan perjanjian antara OPEC dan negara bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran. Pengeluaran minyak mentah global mengatasi permintaan, berikutan ledakan di minyak syal di AS dan selepas keputusan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada tahun lepas, untuk tidak mengurangkan pengeluaran, demi untuk mempertahankan bahagian pasaran mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat