Pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup semalam sempena Hari Buruh, menyaksikan pergerakan pasaran yang perlahan untuk pembukaan dagangan awal September.
Pengukuhan yang dipamerkan US dolar pada minggu lalu tidak diteruskan di awal minggu ketika pelabur juga sedang bersedia menantikan beberapa data penting yang bakal menjadi petunjuk kepada Federal Reserve (Fed).
Laporan pekerjaan NFP akan dinantikan di penghujung minggu, namun di sesi New York malam ini tumpuan akan diberikan kepada data tinjauan ISM sektor pembuatan AS yang dijangka akan pengaruhi pergerakan mata wang US dolar.
Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan harga pada minggu lalu tidak diteruskan semalam.
Sebaliknya harga bergerak perlahan dalam julat sekitar 30 pips dengan ketinggian hanya sekitar 1.10700 berjaya harga capai.
Harga juga dilihat bergelut untuk naik melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut yang diperhatikan pelabur untuk menentukan arah selanjutnya.
Sekiranya harga menyambung corak penurunan sebelum ini, paras terendah dicecah pada penghujung minggu lalu sekitar 1.10500 bakal ditembusi.
Penurunan yang dilanjutkan dilihat akan tertumpu kepada zon 1.10000 dengan jangkaan bakal berlaku reaksi menarik harga di sekitar tersebut.
Namun, sebaliknya jika harga terus memulih naik, paras 1.11000 dilihat sebagai rintangan penting untuk diuji sebelum memberi isyarat untuk perubahan trend semula.
Kenaikan lebih tinggi diteruskan bakal mensasarkan semula pada ketinggian 1.12000 yang dicapai pada awal minggu lepas.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG