Ombak FOMC Bakal Membadai Pasaran, Emas Semakin Gigil

1,771

Harga emas menyusut lebih rendah pada sesi Asia ketika pelabur menantikan keputusan mesyuarat dasar FOMC yang dijangka akan memutuskan pengurangan pembelian bon bulanannya pada awal pagi Khamis nanti.

Pelabur menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan menurunkan pembelian sebanyak $15 bilion dan menamatkannya pada pertengahan tahun 2022. Sekiranya angka lebih besar dikurangkan, emas berpotensi menjunam lebih parah.

Rangsangan monetari yang dikurangkan dan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat cenderung mendorong pegangan terhadap logam berharga emas dilepaskan.

Ini membuatkan harga emas merosot rendah pada sesi dagangan hari ini dengan diniagakan pada $1,780 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula susut sekitar harga $1,781 per auns.

Berikutan kekurangan data utama di sesi Asia, harga emas mungkin melanjutkan kelemahan sehingga ke sesi Eropah menjelang penerbitan data pekerjaan ADP sektor swasta AS dan mesyuarat FOMC.

Pengukuhan dolar Amerika berbanding pesaing utamanya juga akan membataskan pergerakan harga emas untuk mencari keuntungan.
Hasil bon AS 10 tahun pula sedikit berubah dengan mempamerkan pergerakan di sekitar tahap yang sama pada 1.54%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat