OPEC+ Beri Jaminan Pemulihan Harga Minyak Mentah, Catat Kerugian 3 Minggu!

117

Harga minyak mentah mencatatkan pergerakan stabil pada Jumaat apabila ahli OPEC+ iaitu Arab Saudi dan Rusia menunjukkan kesediaan untuk menghentikan sementara sekatan pengeluaran.

Tindakan itu bagi menyokong semula harganya selepas pasaran alami kerugian untuk tiga minggu berturut-turut.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 2 sen kepada $79.89 per tong dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik 4 sen kepada $75.59 per tong.

Pakar Strategi Pemasaran IG, Yeap Jun Rong berkata harga minyak berjaya mendapat semula beberapa posisi positif selepas kenyataan jaminan oleh OPEC+ berkenaan bekalan terkini.

Sebelum ini, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya itu bersetuju untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran sehingga 2025 tetapi memberi ruang kepada beberapa negara kumpulan tersebut.

Menteri Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Salman berkata pada Khamis OPEC+ boleh menghentikan sementara atau membalikkan peningkatan pengeluaran sukarela jika pasaran tidak cukup kukuh.

Bank Pusat Eropah (ECB) menetapkan pemotongan kadar faedah pertamanya sejak 2019 pada Khamis dan penganalisis menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan bertindak sama yang mampu meningkatkan permintaan minyak.

Data Non-Farm Payroll (NFP) pada bulan Mei yang akan diterbitkan pada Jumaat akan memberi lebih banyak petunjuk mengenai jangkaan semasa pemotongan kadar Fed tahun ini.

Selain itu, China yang merupakan antara negara pengimport minyak mentah terbesar dunia sebanyak 46.97 juta tan metrik minyak mentah pada Mei akan menantikan data rasmi dari kastam pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat