OPEC Harap US Dapat Memberi Kerjasama Mengurangkan Pengeluran Minyak

65

Setiausaha Agung OPEC Mohammad Barkindo hari ini memohon pengeluar minyak syal US untuk sama-sama membantu mengurangkan pengeluaran minyak dengan memberi amaran tindakan lanjut akan diambil pada tahun hadapan untuk mengekalkan kestabilan pasaran daripada jangka masa sederhana kepada jangka masa panjang.

“Kami menggesa sahabat kami di kawasan minyak shale Amerika Selatan untuk bersama-sama memikul tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh sebagai salah satu pengajaran utama yang dipelajari berdasarkan kitaran bekalan semasa yang unik”, jelas beliau.

Komentar tersebut dikeluar oleh Barkindo dalam persidangan di New Delhi. OPEC dan pengeluar lain termasuk Rusia telah menghadkan pengeluaran minyak untuk menolak harga minyak lebih tinggi, namun pengeluaran US pula melonjak naik hampir 10 peratus setahun, didorong oleh peningkatan daripada penggalian syal.

Minyak syal adalah sejenis minyak mentah yang ditemui pada batu sedimen yang kaya dengan organik. Barkindo berharap pengeluar-pengeluar baru, bukan sahaja daripada US akan turut bersama dalam perjanjian pemotongan pengeluaran minyak.

Semalam, Arab Saudi telah memotong peruntukan minyak harian sebanyak 560,000 tong sehari (bdp) bagi bulan November, menunjukkan komitmen mereka dalam usaha menagani lebihan bekalan global.

Walau bagaimanapun, pengeskport utama minyak tetap merancang untuk menghantar lebih daripada 7 juta tong minyak sehari pada bulan depan, lebih tinggi daripada paras musim panas dimana ketika itu permintaan paling tinggi.

Berikut adalah perubahan harga minyak setakat jam 2.35 petang:

Minyak mentah WTI: $49..66, +0.16%
Minyak Brent: $55.90, +0.20%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat