OPEC Nantikan Keputusan Rusia Untuk Tambahan Pengurangan Pengeluaran Minyak

361

OPEC kini sedang menantikan keputusan daripada Rusia mengenai cadangan yang diusulkan untuk menambah pemotongan pengeluaran dalam menangani impak coronavirus terhadap permintaan minyak mentah.

Panel Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) yang menasihati Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya OPEC+ telah mencadangkan pengurangan pengeluaran sebanyak 600,000 tong sehari.

JTC yang terdiri daripada wakil-wakil negara pengeluar tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan kerana mereka hanya membuat cadangan kepada menteri-menteri negara OPEC dan sekutunya, termasuk Rusia.

Cadangan ini pada asalnya dilihat sukar diterima oleh Rusia walaupun mereka bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengurangan pengeluaran yang akan berakhir Mac ini.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak memberitahu ia memerlukan masa untuk menentukan impak ke atas pasaran minyak daripada virus ini, yang telah mendorong kejatuhan mendadak dalam permintaan tenaga.

Bagaimanapun, dalam kenyataan terbaru Novak memberitahu bahawa mereka akan memberi keputusan mengenainya pada minggu depan.

Sementara itu Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menyatakan persetujuannya untuk menyokong cadangan ini apabila ditanya mengenainya.

Susulan itu, harga minyak terus mencatat peningkatan dengan keyakinan Rusia akan bersetuju untuk pemotongan pengeluaran yang lebih mendalam.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.4% kepada $55.16 setong selepas jatuh 5% pada minggu ini, manakala WTI Amerika Syarikat meningkat sebanyak 0.3% kepada $51.09 setong setelah jatuh 3.7% minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat