OPEC+ Teruskan Pemotongan, Harga Minyak Menjunam Lagi!

206

Semalam, harga minyak dilihat turun 2% selepas negara-negara OPEC+ setuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak secara sukarela untuk suku pertama tahun depan yang dijangka akan berlakunya kemelesetan pasaran.

Pada Januari, minyak mentah Brent akan ditutup rendah 27 sen (0.3%) lebih rendah kepada $82.83 per tong dengan kerugian 5.2% bagi bulan ini. Kontrak Februari yang akan didagangkan pada bulan depan jatuh sebanyak $2.00 (2.4%) kepada $80.86.

Manakala, minyak mentah U.S. West Texas Intermediate juga turun sebanyak $1.90 (2.4%) kepada $75.96 dan jatuh 6.2% untuk bulan November.

Negara Arab Saudi, Rusia dan anggota OPEC+ yang menyumbang lebih 40% minyak dunia telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran secara sukarela dengan paras 2 juta tong sehari pada suku pertama 2024.

Sekitar 1.3 juta tong minyak mentah sehari akan terlibat dalam pemotongan ini disebabkan sekatan sukarela Arab Saudi dan Rusia. Sebelum ini, cadangan untuk pertambahan potongan sedang dibincangkan iaitu sebanyak 2 juta tong sehari.

Menurut Callum MacPherson, Ketua Komoditi di Investec berkata hasil bekalan minyak tidak memenuhi ramalan sejak kebelakangan ini. Tindakan sukarela pemotongan oleh negara-negara pengeluar menyebabkan para pelabur berfikir panjang.

OPEC+ turut menjemput Brazil untuk menyertai kumpulan tersebut dan mereka akan menyertainya pada Januari depan.

Sementara itu, pengeluar minyak mentah AS terus berkembang sebanyak 1.7% pada September dengan rekod bulan 13.24 juta tong sehari, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat