Opera Browser Bakal Sertai Ekosistem Polygon (MATIC) Pada Suku Pertama 2022

243

Pelayar internet Opera bakal berintegrasi dengan Polygon (MATIC) dalam masa terdekat.

Difahamkan gabungan dua platform itu akan berlaku pada suku pertama 2022.

Usaha ini bakal membuka pengaksesan kepada lebih 80 juta pengguna Opera kepada ekosistem Polygon.

Mereka boleh mengakses aplikasi desentralisasi (dApps) seperti SushiSwap, Curve, Aave, dan permainan berasaskan blockchain serta platform non-fungible token (NFT) seperti Decentraland, OpenSea, dan The Sandbox.

Paling penting, integrasi ini juga membantu pelabur kripto daripada tekanan kos yang tinggi dan transaksi yang perlahan di kebanyakan blockchain terutama Ethereum.

Untuk pengetahuan, Opera merupakan pelayar internet yang memiliki sokongan terhadap aplikasi Web 3.0 dan wallet kripto.

Manakala Polygon pula adalah penyelesaian Ethereum lapisan-2 yang dibangunkan untuk mengurangkan kos gas dan melajukan kadar transaksi.

Sementara itu pada 10 Disember yang lalu, Opera turut mengumumkan rancangan untuk bergabung dengan blockchain dan dApps Solana dalam tempoh yang sama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat