Opps! Jaga-jaga Janet Yellen Dah Mula Bertindak!

1,229

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen dilaporkan telah memanggil pengawal selia kewangan untuk membincangkan mengenai ketidakstabilan pasaran kewangan baru-baru ini.

Lapor Reuters, Yellen dikatakan akan memanggil ketua Securities and Exchange Commission (SEC), Federal Reserve AS (Fed), Fed New York dan Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC).

Beliau juga dilaporkan telah meminta keizinan daripada peguam etika untuk mengadakan pertemuan ini, menurut dokumen yang dilihat oleh Reuters.

Pegawai Perbendaharaan, yang enggan dikenali namanya, mengatakan pertemuan itu akan diadakan minggu ini dan mungkin secepatnya pada awal hari Rabu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan oleh jurucakap Perbendaharaan, Alexandra LaManna memberitahu bahawa, Yellen percaya integriti pasaran adalah penting dan telah meminta perbincangan mengenai ketidakstabilan pasaran kewangan dan apakah aktiviti baru-baru ini sesuai dengan perlindungan pelabur serta pasaran yang adil dan efisien.

Tindakan Yellen berlaku setelah beberapa hari berlaku kekacauan dalam pasaran saham disebabkan pakatan di kalangan pelabur runcit untuk membeli saham Gamestop dan menyebabkan syarikat hedge fund kehilangan berbilion dolar.

Aktiviti perdagangan runcit juga telah lonjakan harga perak ke paras ketinggian harga terbaru sejak April tahun lalu pada awal minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat