Pacak 100 Pips, EUR/USD Tersentak Kena ‘Penampar’ NFP!

101

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York Jumaat lalu telah menggemparkan pasaran menyaksikan mata wang US dolar ketara menyusut dengan drastik.

Meneliti laporan, pertambahan pekerjaan pada Jun adalah terendah lebih 2 tahun, iaitu sebanyak 209,000 berbanding 306,000 pada bulan sebelumnya yang dikemaskini menurun.

Meleset berbanding petunjuk awal oleh data ADP, pelabur yang menilai laporan NFP merosot untuk bulan lalu telah menyebabkan US dolar terus melemah mengandaikan langkah pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) kembali sukar.

Namun, penganalisis pasaran masih berpandangan Fed akan meneruskan kenaikan kadar faedahnya. Data inflasi AS akan menjadi petunjuk seterusnya minggu ini.

Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah melonjak ketara memberi isyarat perubahan arah trend pergerakan sebelumnya.

Pada Jumaat, pelabur telah bersedia ketika harga sudah mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Setelah menguji seketika paras sokongan itu di sekitar 1.08700, harga kemudiannya melonjak tinggi susulan reaksi laporan NFP yang diterbitkan.

Dengan kenaikan harian sekitar 100 pips, harga telah berjaya capai ketinggian pada 1.09700 sebelum perlahan menutup dagangan sesi terakhir tersebut di sekitarnya.

Menyambung pembukaan pasaran awal minggu ini, harga masih perlahan di ketinggian dicapai itu sementara pelabur masih menilai kesan pergerakan minggu lalu.

Sekiranya momentum lonjakan masih dikekalkan, harga bakal meneruskan kenaikan untuk ke paras tumpuan 1.10000.

Paras tersebut yang menjadi rintangan harga sebelum ini akan diuji dan harga akan catatkan ketinggian terbaru 10 minggu sekiranya berjaya melepasinya.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah menuju zon sekitar 1.107000 sebelum beralih ke 1.12000 pula.

Namun jika harga kembali menjunam minggu ini, penurunan di bawah zon 1.09000 akan menguatkan jangkaan bagi kejatuhan harga lebih rendah.

Paras terendah minggu lalu boleh dicecah kembali sebelum harga menyambung penurunan ke zon tumpuan 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat