Padah Main Api!

5,288

Bermula dengan keterujaan, “Cheers everybody!”, siapa sangka pengguna Reddit dan pelabur saham GameStop (GME) ini terpaksa berhadapan dengan kerugian mencecah $13 juta susulan daripada pertaruhannya bulan lepas.

Keith Gill, salah seorang daripada pelabur yang menyebabkan saham GME melonjak tinggi sehingga mendapat perhatian seluruh pasaran termasuk pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Kisah tragis ini bermula apabila Gill mengetengahkan GameStop, menggunakan platform video, Youtube untuk menarik pengikutnya dengan menceritakan bagaimana 100% short interest boleh membawa keuntungan.

Di laman forum Reddit (r/wallstreetbets) pula, Gill ‘menayangkan’ beberapa screenshot keuntungannya dalam pelaburan GME selama lebih setahun di bawah rekod dinamakan “GME YOLO update”.

Pada hujung 2020, Gill memiliki 10,000 saham GME dan menambah lagi pada awal 2021, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 50,000 saham termasuk 500 call options.

Ketika saham GME meroket lebih 2000% pada minggu lepas, Gill berjaya meraih keuntungan sebanyak $33 juta!

Bagaimanapun, saham peruncitan permainan video itu mula susut 60% pada Selasa, terutama selepas sekatan Robinhood dan 70% sejak Jumaat lalu. Ini menyebabkan Gill rugi lebih $5 juta pada Isnin sahaja, sebelum bertambah rugi $13.6 juta pada Selasa.

Yakin dengan masa depan saham GameStop, lelaki berusia 34 tahun itu memutuskan untuk tidak menjual saham tersebut.

Gill juga tidak memberi sebarang komen apabila dihubungi pihak media.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat