US dolar mendahului peningkatan dengan menguasai keuntungan semalam berbanding kebanyakan matawang utama pada Rabu, selepas hasil perbendaharaan AS melonjak dan kebimbangan terhadap kesan COVID-19 kembali mengangkat permintaan terhadap USD.
Turut mendapat manfaat adalah dagangan safe-haven yen yang mencatat peningkatan 0.3% berbanding US dolar dan kemudiannya diniagakan di sekitar paras 107.37.
Federal Reserve AS (Fed) terus menjalankan usaha untuk membendung kesan COVID-19 kepada ekonomi dengan memberi sokongan pendanaan bank jangka pendek iaitu melaksanakan penggunaan kontrak repo sebagai instrumen kewangan tambahan $500 bilion.
Selain itu, pentadbiran Trump juga mengumumkan bahawa pakej rangsangan $1 trilion diteruskan iaitu dengan pembahagian cek yang bernilai $1,000 untuk diagihkan kepada rakyat Amerika dalam tempoh dua minggu.
Penanda aras hasil perbendaharaan AS melonjak 0.34% lebih tinggi semalaman, menjadikannya sebagai kenaikan harian terbesak sejak 2004 sekali gus menambah daya tarikan untuk memiliki matawang USD.
Selai itu, matawang pound jatuh ke paras terendah 6 setengah bulan ketika US dolar terus meraih permintaan daripada pelabur.
Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak memberitahu bahawa kerajaan akan menyediakan 330 bilion pound jaminan pinjaman kepada perniagaan untuk memerangi isu COVID-19.
Sementara itu, wabak coronavirus terus merebak dengan luas di Eropah menjadikannya kekal sebagai pusat epidemik. Itali yang mendahului dengan kes jangkitan paling banyak, telah menutup sempadan negara selama 30 hari.
Matawang euro diniagakan stabil berbanding USD selepas menyusut berikutan data keyakinan tinjauan ZEW Jerman bagi bulan Mac jatuh mendadak ke paras terendah sejak Disember 2011 pada -49.5 daripada bacaan 8.7 yang dicatatkan bulan sebelumnya.
Kes jangkitan coronavirus di seluruh dunia kini meningkat kepada 198,400 sementara angka kematian pula bertambah kepada 7,982.