Palestin ‘Dibuli’ Israel Lagi!

220

Meskipun Israel telah memulakan program vaksinasi namun, mereka telah bertindak kejam apabila enggan memberikan suntikan vaksin kepada penduduk Palestin. Selain itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu didakwa telah pun menerima suntikan vaksin pertama pada Sabtu lalu diikuti oleh rakyat Israel.

Menurut sebuah laporan, penduduk Palestin dikhabarkan perlu menunggu lebih lama bagi mendapatkan suntikan vaksin dan ianya memakan masa hingga beberapa bulan.

Di samping itu, pemberian vaksin berkenaan adalah bergantung kepada budi bicara Israel yang akan menjalankan pengedaran 4 juta dos vaksin Pfizer dan BioNTech. Lebih malang lagi, terdapat kemungkinan bahawa mereka akan berhadapan dengan masalah lain seperti  keperluan stor sejuk beku untuk melakukan penyimpanan vaksin berkenaan.

Bahkan mereka turut berhadapan dengan krisis ketiadaan bekalan elektrik dalam tempoh 8 jam sehari! Sebelum ini, pemimpin negara berkenaan mendedahkan bahawa mereka terpaksa bergantung kepada program vaksinasi antarabangsa dan tidak berjaya mencapai kesepakatan dengan pihak Israel bagi mendapatkan bekalan penawar berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, program vaksinasi yang dilancarkan oleh Israel tersebut hanya melibatkan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat, serta mengecualikan hampir 2.5 juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah berkenaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat