Panas! Fed Diharamkan Lancar CBDC!

206

“Supaya tak jadi lagi teruk baik cegah dulu kan.”

Ahli Kongres Republikan Tom Emmer dari Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan rang undang-undang untuk melarang Federal Reserve (Fed) daripada mengeluarkan mata wang digital bank pusat (CBDC).

Pelaksanaan Akta Negara Anti-Pengawasan CBDC adalah bertujuan untuk melindungi privasi kewangan warganegara AS, di mana Fed yang tidak memiliki sebarang kelulusan oleh Kongres sama sekali tidak dibenarkan mencipta CBDC.

Malah, rang undang-undang tersebut turut melarang Fed daripada menggunakan CBDC untuk laksanakan dasar monetari dan mengawal ekonomi termasuk mengeluarkannya secara terus kepada sesiapa sahaja.

Hal ini kerana pihak berkuasa dan entiti kawal selia boleh menggunakan CBDC sebagai alat untuk menjejak dan mengawal perbelanjaan rakyat.

Emmer juga menegaskan bahawa beliau tidak menentang inovasi teknologi seperti CBDC, tetapi ia seharusnya tidak melanggar hak rakyat.

Tambahnya lagi, penciptaan CBDC berupaya memberi kesan besar terhadap privasi kewangan, di mana urus niaga CBDC yang akan direkodkan pada blockchain dapat membenarkan pihak berkuasa mengesan transaksi kewangan.

Pun begitu, Emmer berpendapat CBDC mampu memberi pelbagai manfaat seperti rangkuman kewangan lebih besar, mengurangkan kos transaksi dan menyediakan alternatif terhadap perkhidmatan perbankan tradisional.

Suka dimaklumkan bahawa Emmer yang sedaya upaya membangunkan dunia aset digital telah menjadi penyokong tegar teknologi blockchain dan kripto sejak beberapa tahun lalu lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat