Panas! G7 Bersatu Perangi China

3,598

Pemimpin dunia yang menghadiri sidang kemuncak Group of Seven (G7) pada hari Ahad telah mengeluarkan desakan untuk siasatan baru mengenai asal-usul Covid-19 dan mengkritik isu pelanggaran hak asasi manusia di China.

G7, yang terdiri daripada Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat, telah bertemu di Cornwall, UK selama tiga hari (11-13 Jun) dengan matlamat untuk menyatukan negara demokrasi yang membawa kepada membantu membina semula dunia yang lebih baik dari krisis pandemik.

Walaupun tidak hadir di sidang kemuncak tersebut, tetapi China telah menjadi tumpuan utama perbincangan, di mana AS mengumumkan rancangan infraktruktur besar-besaran untuk mengatasi Inisiatif Belt and Road oleh Beijing.

G7 menyetujui rancangan infrastruktur global yang disebut ‘Build Back Better World’ (B3W), perkongsian infrastruktur yang dipacu oleh nilai, standard tinggi dan ketelusan yang diketuai oleh demokrasi utama, menurut kenyataan oleh kerajaan AS.

B3W secara kolektif akan menjadi pemangkin ratusan bilion dolar pelaburan infrastruktur untuk negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam beberapa tahun akan datang, selain turut menggerakkan modal swasta melalui pembiayaan pembangunan.

Selain itu, Amerika, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) turut menggesa kajian yang lebih telus dan bertanggungjawab dijalankan dalam mengetahui asal-usul pandemik Covid-19.

Gesaan itu dibuat susulan arahan Presiden AS, Joe Biden sebelum ini yang memberi masa 90 hari untuk kumpulan perisikan negara itu untuk menjalankan siasatan mengenai punca wabak itu.

Sementara itu, mereka juga bersetuju untuk menentang pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang dan tindakan keras terhadap penentang politik di Hong Kong.

Kumpulan itu turut serius memikirkan keadaan di Laut China Timur dan Selatan serta menentang keras sebarang percubaan sepihak untuk mengubah status quo dan meningkatkan ketegangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat