Panas Lit-Lit! Gelombang Haba Buatkan Ekonomi China Semakin ‘Sesak Nafas’

203

‘Silih berganti musibah menimpa China, lepas ni agak-agak apa pula yang mendatang.’

Situasi gelombang haba (heatwave) yang melampau di China memaksa wilayah Sichuan melanjutkan penutupan tapak kilang perindustrian sehingga Khamis, berpotensi mengganggu rantaian bekalan alat ganti bagi Tesla Inc.

Difahamkan wilayah Sichuan, antara tapak kilang perindustrian terbesar di China, mengalami masalah gangguan bekalan elektrik (blackout) apabila suhu mencecah 40°C dengan kadar hujan menurun 50%.

Perkara ini secara tidak langsung mengurangkan pengeluaran kuasa hidroelektrik yang menyumbang kira-kira 80% kapasiti penjanaan kuasa wilayah tersebut.

Atas faktor tersebut sebanyak 16,000 syarikat di 19 daripada 21 bandar di wilayah Sichuan termasuk kilang Toyota Motor dan Foxconn, pembekal utama Apple Inc terpaksa ditutup.

Pada sisi berbeza, kilang operasi Tesla di China dan pembuat kereta domestik SAIC Motor, telah meminta kelulusan penyambungan semula operasi atas dasar keutamaan bagi mengelak gangguan pada rantaian pemasangan kereta.

Namun, permintaan tersebut mencetus tindak balas negatif ekoran tindakan tersebut telah menyebabkan lif di sebuah bangunan pangsapuri di Sichuan gagal beroperasi.

Suka diingatkan penutupan kilang operasi Tesla sebelum ini telah meninggalkan kesan besar terhadap jualan syarikat sehingga memaksa tindakan drastik termasuk pembuangan pekerja.

Umumnya, isu heatwave tersebut meneruskan keruntuhan kesan ‘domino’ terhadap ekonomi China yang sebelum ini terpaksa ditutup akibat penularan wabak Covid-19.

Sungguhpun sesetengah pembuat komponen telah menyambung semula operasi mereka, namun ia bergerak pada kapasiti yang terhad dan secara tidak langsung boleh menambah derita rangkaian bekalan di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat